• Nelayan Diminta Manfaat Kemudahan Kompleks Perikanan Tanjong Bako - Dr Hazland

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Nelayan di kawasan Demak Laut diminta untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan Kompleks Perikanan Tanjong Bako.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata, kompleks perikanan tersebut berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan komuniti nelayan bersepadu di Tanjong Bako.

    “Memandangkan lokasinya yang strategik, saya percaya nelayan di seluruh Demak Laut perlu memanfaatkan kemudahan berkenaan dengan sepenuhnya,” katanya.

    Tambah beliau lagi, kawasan berhampiran juga telah dikenal pasti mempunyai kapasiti berpotensi untuk menampung kira-kira 400 unit rumah.

    Pelabuhan Tanjong Bako tersebut menelan belanja RM247.8 juta yang diselengara oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) merupakan kedua terbesar di Sarawak selepas Pelabuhan Perikanan Bersepadu Tanjung Manis, Mukah. - Sarawakiana
  • No Comment to " Nelayan Diminta Manfaat Kemudahan Kompleks Perikanan Tanjong Bako - Dr Hazland "