• Nampak Peluru Berpandu Pyongyang

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    SEOUL: Anak kapal pesawat yang melakukan penerbangan melepasi ruang udara Jepun mendakwa melihat peluru berpandu Korea Utara memasuki semula atmosfera minggu lalu, kata syarikat Cathay Pacific dalam satu kenyataan semalam dalam pada Seoul dan Washington melancarkan latihan udara bersama terbesar mereka.

    Menurut Cathay Pacific, krew pesawat CX893 melihat ‘apa yang disyaki kemasukan semula peluru berpandu berkenaan ketika dalam penerbangan dari San Francisco ke Hong Kong.

    Dalam ucapan kepada kakitangannya, Pengurus Besar Mark Hoey berkata, anak kapal berkenaan mendakwa melihat peluru berpandu itu ‘meletup dan terlerai,’ lapor South China Morning Post.

    Pyongyang mencetuskan ketegangan di Semenanjung Korea minggu lalu apabila mengumumkan kejayaannya melancarkan ujian peluru berpandu baru antara benua yang didakwa mampu sampai ke Amerika Syarikat (AS).

    Penganalisis berkata, tidak jelas sama ada peluru berpandu berkenaan mampu bertahan apabila masuk semula ke atmosfera Bumi, atau benar-benar mampu membawa kepala peledak ke sasarannya.

    Korea Utara melancarkan enam ujian atomik kuat sejak 2006 dengan yang terbaru pada September lalu yang mencetuskan kebimbangan AS serta sekutunya Korea Selatan dan Jepun.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Nampak Peluru Berpandu Pyongyang "