• Nak Naik Teksi, Rupanya Kereta Polis

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    Seorang lelaki yang membawa kira-kira 1,000 bungkusan kecil ganja, ditahan di Copenhagen, selepas tersilap menaiki kereta polis Denmark kerana menyangka ia adalah teksi.

    Menurut laporan Independet, lelaki itu menaiki kereta polis terbabit ketika berada di kawasan Christiania yang terkenal sebagai kawasan ‘lampu merah’, minggu lalu.

    Twitter polis Copenhagen kelmarin, menyiarkan: “Malam tadi, seorang pengedar ganja di Christiania yang mahu pulang cepat menaiki teksi. Namun dia mendapat kejutan besar apabila mendapati menaiki kereta polis.

    “Anggota polis dalam kereta itu menyambutnya dengan gembira kerana dia membawa 1,000 bungkusan ganja.”

    Christiania yang membangun sebagai kawasan setinggan pada 1971, sebelum sebelum ini digunakan tentrera Denmark.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Nak Naik Teksi, Rupanya Kereta Polis "