• Nak Menang Iphone X Atau Huawei P10? Bayar Hutang PTPTN!

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    Berita baik kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih  berhutang, anda kini berpeluang untuk memenangi iPhone X atau Huawei P10 jika anda membuat pembayaran sebelum 31 Disember ini.

    Peminjam tidak perlu melunaskan keseluruhan pinjaman untuk mendapat peluang memenangi hadiah, tetapi PTPTN meletakkan syarat bayaran pinjaman minima RM1,000 untuk melayakkan peminjam menyertai cabutan istimewa berkenaan.

    Sebuah iPhone X sebagai hadiah utama dan 19 buah Huawei P10 menanti pembayar bertuah.

    Bayaran berkenaan haruslah dibuat dalam tempoh promosi iaitu antara 1 hingga 31 Disember 2017.

    Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu pinjaman, anda juga layak menyertai cabutan bertuah sekiranya jumlah kesemua pembayaran pinjaman kepada PTPTN (dalam tempoh promosi) melebihi nilai RM1,000.

    Bayaran balik RM1,000 melayakkan anda mendapat 1 cabutan.

    "Bayar lebih, peluang menang pun lebih," tulis PTPTN di poster.

    Pemenang bertuah akan dihubungi terus oleh PTPTN samaada menerusi telefeon, email, surat atau apa jua cara diatas budi bicara PTPTN.

    Untuk syarat dan keterangan lanjut layari www.ptptn.gov.my atau hubungi 013-2193 3000. - MalaysianDigest

    Subjects:

  • No Comment to " Nak Menang Iphone X Atau Huawei P10? Bayar Hutang PTPTN! "