• Najiblah PM Terbaik Sepanjang Zaman

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin terbaik jika dibandingkan dengan barisan pemimpin terdahulu.

    Exco Wanita Umno, Datuk Jamelah Abu Bakar berkata, Najib merupakan pemimpin yang sentiasa melakukan ihsan dan menghulur bantuan kepada rakyat.

    "Umno sudah memerintah negara sejak lama dahulu dan sudah banyak yang kita lakukan untuk rakyat.

    "Najib adalah perdana menteri terbaik. Tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pemimpin mahupun pemimpin pembangkang," katanya ketika ditemui Sinar Online, di PWTC, hari ini.

    Jamelah dalam masa sama turut mengulas mengenai sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering menghentam Najib.

    Menurutnya, Najib hanya meneruskan legasi yang ditinggalkan Mahathir, malah beliau sangat bijak melakukan penambahbaikan bagi menyokong keperluan ekonomi rakyat.

    "Memang kita akui, Mahathir telah banyak berjasa kepada negara dan kita hormati beliau.

    "Mahathir sepatutnya menyokong apa yang dilakukan kerana beliau sendiri yang letakkan asas yang kukuh di negara ini," katanya.

    Beliau dalam masa sama berharap Mahathir suatu hari nanti akan reda dengan legasi yang diteruskan Najib.

    "Najib telah wujudkan TN50 yang mana ia bakal memberi manfaat besar kepada anak cucu kita nanti.

    "Pada 2050 nanti, kita dah tak ada, tapi Najib masih berfikir untuk memenuhi keperluan anak cucu kita pada masa itu," katanya lagi. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Najiblah PM Terbaik Sepanjang Zaman "