• Najib Saran Abang Johari Selesai Isu Kerusi SUPP-UPP

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+
    Foto : Facebook Dr Sim Kui Hian
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri segera menyelesaikan isu perebutan kerusi di antara SUPP dan UPP.

    Memetik laporan The Borneo Post, Najib berkata ia terpulang kepada kebijaksanaan Abang Johari untuk menyelesaikan isu tersebut sebelum Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    "Mengenai resolusi parti untuk menolak formula calon langsung dalam PRU14, saya meminta 'apai besai' anda untuk menyelesaikan masalah antara SUPP dan UPP sekali lagi.

    "Saya yakin Abang Johari mempunyai kebijaksanaan sendiri untuk meyelesaikannya, dan saya mahu masalah ini selesai sebelum PRU14," katanya.

    Menurut Najib lagi, penyelesaian itu penting untuk mengekalkan BN sebagai sebuah parti yang kukuh dan perpaduan di antara SUPP dan UPP.

    Sementara itu, beliau berharap SUPP akan terus menjadi parti komponen BN bersama PBB, PRS dan PDP.

    "Saya dapat merasakan rasa perpaduan baru dalam SUPP. Ini adalah salah satu perkembangan positif yang berlaku di SUPP," ujarnya - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Saran Abang Johari Selesai Isu Kerusi SUPP-UPP "