• Najib Rasmi Pameran Karikatur Survival Muslim Rohingya

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Pameran Karikatur ‘Survival Muslim Rohingya’ anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    Pada majlis itu, Najib yang juga Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia telah menandatangani papan karikatur Survival Muslim Rohingya sebagai simbolik perasmian pameran.

    Pameran tersebut berlangsung selama lima hari bermula semalam sehingga 9 Disember ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.

    Yang turut hadir, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md.Zin dan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Datuk Mohd. Yusof Din. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Rasmi Pameran Karikatur Survival Muslim Rohingya "