• Najib Lancar Dana Bantu Usahawan Digital Sri Lanka

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+


    COLOMBO - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Dana Inovasi Digital Dialog Axiata (DADIF) bernilai USD15 juta (kira-kira RM61.5 juta) bagi membantu usahwan di negara ini memulakan perniagaan digital.

    
Najib berkata, sebelum Ini, beliau melancarkan Dana Inovasi Digital Axiata (ADIF) di Kuala Lumpur iaitu pada 2014.


    “Saya dimaklumkan ini merupakan dana serupa yang ketiga dilancarkan oleh Axiata dan seharusnya usaha sebegini dipuji,” katanya dalam ucapan pelancaran DADiF di sini, hari ini.


    Dialog Axiata Plc ialah syarikat dari Malaysia yang mempunyai jumlah pelaburan asing langsung paling besar di Sri Lanka.


    Syarikat itu telah melabur lebih USD2.2 bilion (kira-kira RM9 bilion) dalam sektor telekomunikasi di negara ini sejak 1995. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Lancar Dana Bantu Usahawan Digital Sri Lanka "