• Najib Jamin 30 Peratus Wanita Dalam Dewan Negara

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan peranan wanita akan terus diiktiraf sekiranya BN menang dalam PRU14.

    Beliau yang juga Presiden Umno berkata, ini termasuklah peruntukan 30 peratus untuk golongan wanita bagi jawatan senator di Dewan Negara.

    "Jika kita menang besar, kita akan pinda Perlembagaan agar 30 peratus senator di Dewan Negara diberikan kepada wanita.

    "Jadi kita kenalah kerja kuat untuk menang besar. Hidup wanita!," katanya ketika hadir di Perhimpunan Agung Wanita Umno, di sini, hari ini.

    Dalam majlis sama, Najib turut menyampaikan anugerah Ibu Terbaik Bangsa Wanita Umno kepada tiga tokoh iaitu Tan Sri Zaleha Ismail, Allahyarham Ramlah Ismail dan Allahyarham Datuk Maznah Abdul Hamid.-Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Jamin 30 Peratus Wanita Dalam Dewan Negara "