• Najib, Hadi Awang Akan Hadir Perhimpunan Pertahankan Palestin

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama menghadiri perhimpunan besar-besar bagi mempertahankan Palestine di Masjid Putra di sini pada 22 Disember depan.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perhimpunan selepas Solat Jumaat itu akan melibatkan penyertaan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan NGO bukan Islam.


    Beliau memberitahu, selain ucapan daripada Perdana Menteri serta Presiden Pas itu, ucapan juga akan dibuat daripada wakil NGO.


    “Saya menyeru seluruh rakyat dan para pemimpin NGO tanpa mengira agama untuk berkumpul di Masjid Putra pada 22 Disember ini pukul 2.30 petang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Najib, Hadi Awang Akan Hadir Perhimpunan Pertahankan Palestin "