• Najib Diberi Sambutan Rasmi Oleh Presiden Sri Lanka

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+


    COLOMBO: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam lawatan rasmi di negara ini diberikan sambutan rasmi oleh Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena.

    Upacara bermula pada kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan dengan kenderaan yang membawa Najib diiringi pasukan berkuda polis dari hotel penginapan menuju istana Presiden.

    Sebaik sahaja tiba, beliau disambut dengan tarian tradisional, Kandian sebelum diperkenalkan kepada Sirisena oleh Setiausaha kepada Presiden Sri Lanka, Austin Fernando.

    Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan tentera diiringi 21 das tembakan meriam.

    Najib dan Sirisena kemudian mengadakan pertemuan empat mata selama kira-kira 30 minit.

    Mereka seterusnya menyertai mesyuarat bilateral dengan delegasi kedua-dua negara selama kira-kira sejam sebelum menyaksikan tiga pemeterain memorandum persefahaman (MoU).- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Diberi Sambutan Rasmi Oleh Presiden Sri Lanka "