• Najib Datang Tidak Dengan Tangan Kosong, Mahathir Datang Nak Ambik SESCO

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+
    Perbezaan ketara di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir ialah Najib datang ke Sarawak tidak pernah datang dengan tangan kosong tetapi Mahathir datang minta SESCO daripada kerajaan Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari yang hadir ke mesyuarat agung tri-tahunan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang lepas.

    Menurut Abang Johari, Najib tegas menyatakan jika terdapat hak Sarawak yang terhakis, maka harus dikembalikan.

    Tambah Abang Johari, kita cuma mahukan hak dikembalikan dan Najib lebih terbuka mendengar, jika era Mahathir sudah lama kita akan masuk jel.

    Tetapi Malaysia beruntung memiliki Najib sebagai perdana menteri yang mahukan negara ini kuat dan bersatu padu.

    Era Mahathir kedatangan ke Sarawak yang tidak dapat dilupakan ialah Mahathir hendak mengambil alih SESCO di bawah pentadbiran pusat, tetapi kerajaan Sarawak tidak membenarkan.

    Najib pula datang ke Sarawak menyerahkan Empangan Hidro Bakun menjadi hak mutlak Sarawak justeru negeri ini mampu menjana pendapatan sendiri melalui jualan tenaga elektrik.

    Tidakkah ini memperlihatkan Najib sentiasa prihatin terhadap kepentingan Sarawak.

    Hakikatnya dakwaan pihak pembangkan terhadap Najib dan Abang Johari hanya lebih kepada propaganda yang mahu rakyat negeri ini membenci pemimpin walhal fakta sebenar Najib dan Abang Johari berusaha keras untuk memastikan kepentingan rakyat Sarawak tidak akan terhakis. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Datang Tidak Dengan Tangan Kosong, Mahathir Datang Nak Ambik SESCO "