• Myanmar Tahan Dua Wartawan Reuters

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    YANGON: Myanmar mengesahkan pihaknya menahan dua wartawan yang berkhidmat dengan Reuters di sini, hari ini.

    "Memang benar mereka ditahan, tetapi bukan wartawan anda sahaja, kerana kami turut menahan seorang polis lelaki yang terbabit dengan kes berkenaan.

    "Kami akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap wartawan dan polis terbabit," kata jurucakap kerajaan, Zaw Htay.

    Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan punca kedua-dua wartawan, iaitu Wa Lone dan Kyaw Soe Oo ditahan serta tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka.

    Sementara itu, Ketua Komunikasi Reuters Global, Abbe Serphos, berkata: "Kami sedang mencari maklumat selanjutnya mengenai penahanan itu dan keadaan kedua-dua mangsa terbabit".

    Wa Lone berkhidmat dengan Reuters sejak Jun 2016 pernah membuat liputan pelbagai isu membabitkan Rohingya, selain krisis membabitkan etnik minoriti itu di Rakhine.

    Soe Oo pula bekerja dengan Reuters sejak September lalu.

    Kedutaan Amerika Syarikat di Yangon dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya, berkata pihaknya 'sangat prihatin' dengan tindakan menahan dua wartawan Reuters selepas mereka dibawa bertemu dengan pegawai polis di sini, semalam.

    "Untuk sebuah demokrasi yang berjaya, wartawan perlu melakukan kerja mereka dengan bebas," katanya dalam kenyataan itu. - Reuters.

    Subjects:

  • No Comment to " Myanmar Tahan Dua Wartawan Reuters "