• Myanmar Lantik Jeneral Siasat Kubur Besar Di Rakhine

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+
     
    YANGON: Tentera Myanmar berkata hari ini, ia sudah melantik seorang pegawai kanan untuk menyiasat pembabitan anggota pasukan keselamatan dalam pembunuhan 10 orang yang ditemui dalam sebuah kubur besar di Rakhine.

    Penemuan kubur di perkampungan Inn Din, terletak 50 kilometer di utara ibu kota Sittwe, diumumkan tentera dua hari lalu.

    Dalam kenyataan disiarkan di Facebook ketua turus tentera, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, berkata pasukan siasatan lima anggota meninggalkan ibu kota Naypyitaw hari ini.

    Pasukan diketuai Leftenan Jeneral Aye Win, akan 'menyiasat pembabitan pasukan keselamatan dengan kes kubur besar di perkampungan Inn Din.'

    Jeneral Aye Win adalah pegawai sama yang mengetuai siasatan meluas terhadap salah laku anggotanya dalam konflik bermula 25 Ogos lalu, yang merumuskan dalam laporan bulan lalu bahawa pembunuhan besar-besaran berlaku.

    Satu tindakan keras pasukan keselamatan terhadap serangan pemberontak di Rakhine menyebabkan lebih 650,000 Muslim Rohingya lari ke Bangladesh. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Myanmar Lantik Jeneral Siasat Kubur Besar Di Rakhine "