• Mourinho Angkat Bendera Putih

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    MANCHESTER: Jose Mourinho mengakui saingan merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris sudah berakhir buatnya selepas Manchester City melakar kemenangan 2-1 kepada Manchester United, awal pagi ini.

    City mencipta jurang 11 mata untuk membolehkan selesa mendahului pencabar utamanya itu selepas jaringan Nicolas Otamendi pada separuh masa kedua sekali gus membolehkan pasukan pelawat mencipta rekod 14 kemenangan berturut-turut dalam di Liga Perdana Inggeris.

    Pengendali United, Mourinho berasakan bahawa pasukan Guardiola bergantung kepada tuah di Old Trafford ketika Ander Herrera terjatuh selepas dikasari Otamendi, dan tuan rumah mendakwa mereka layak mendapat sepakan penalti.

    Tetapi dia mengakui seteru lamanya, Guardiola amat bernasib baik untuk memacu City memenangi gelaran musim ini.

    Selepas perlawanan itu berakhir, Mourinho berkata: "Mungkin, ya'.

    "Saya cukup yakin semua orang akan berjuang untuk mendapatkan mata dan merapatkan jurang, tetapi kelebihan adalah satu perkara yang cukup baik.

    "Manchester City adalah pasukan yang amat baik dan mereka dilindungi dengan tuah dan tuhan bola sepak di belakang mereka.

    "Mereka amat bertuah dan keputusan memihak mereka."

    Mourinho amat marah dengan keputusan pengadil, Michael Oliver kerana tidak menghadiahkan sepakan penalti susulan asakan Otamendi terhadap Herrera.

    "Reaksi pertama saya adalah berasa kasihan kepada Michael Oliver kerana dia mempunyai perlawanan yang cukup baik, tetapi dia membuat kesilapan yang penting," katanya.

    "Keputusan dibuat dengan tidak memberikan sepakan penaltti. Sepatutnya menjadi 2-2 ketika perlawanan berbaki 20 minit. Ia adalah kesilapan penting."

    Mourinho juga tidak berpuas hati dengan pertahanan United yang gagal menghalang gol berkenaan.

    "Mereka menjaringkan dua gol yang agak sukar dipercayai. Dua gol yang buruk," katanya.

    "Adakah kami melakukan secukupnya untuk memenangi perlawanan ini? Ia bergantung kepada perspektif anda. Mereka mengawal lebih banyak bola kerana mereka memegang bola lebih lama dari kami." - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Mourinho Angkat Bendera Putih "