• Motosikal Hilang Kawalan, Remaja Maut Kemalangan Di Sungai Bidut

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+
    gambar hiasan
    SIBU: Seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Jalan Sungai Bidut dekat sini malam tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8.30 malam itu, mangsa yang dikenalpasti sebagai Henry Belaja berasal dari Kapit disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sibu.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, DSP Bingkok John ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian terbabit.

    Beliau berkata, mangsa dilaporkan datang dari arah Bukit Aup sebelum motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan terbabas.

    “Mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapat rawatan lanjut sebelum disahkan meningggal dunia pada jam 9 malam tadi,” katanya.

    Jelas beliau kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana
  • No Comment to " Motosikal Hilang Kawalan, Remaja Maut Kemalangan Di Sungai Bidut "