• 'Moonwalk' Jaga Trafik

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    Aksi anggota polis ketika menjaga trafik menarik perhatian pengguna jalan raya di Indore, India selain mengurangkan kadar kesalahan di lokasinya bertugas.

    Pemandu pasti tidak terlepas melihat Ranjeet Singh, 38, melakukan pergerakan dikenali sebagai ‘moonwalk’ yang diperkenalkan oleh mendiang penyanyi pop, Michael Jackson di simpang empat di bandar dengan dua juta penduduk itu.

    “Saya peminat Michael Jackson dan mula meniru pergerakan ‘moonwalk’ untuk menghentikan trafik, 12 tahun lalu.

    “Pada mulanya, orang terkejut tetapi ia semakin menjadi popular.

    “Tugas ini memenatkan selain pencemaran bunyi dan pemandu yang melulu tetapi ‘moonwalk’ ini menghiburkan penumpang dan pemandu,” katanya.

    Singh kini menjadi fenomena media sosial dengan 5,000 pengikut di Facebook.

    Manakala video aksinya dimuat naik ke platform media sosial, hari-hari.

    Singh turut berkata, jumlah kesalahan trafik di persimpangan itu semakin menurun.

    Sementara itu, sebuah universiti di India sedang mengkaji jika kaedahnya dapat mengurangkan kesesakan jalan juga.

    Rakan setugas Singh pada mulanya khuatir dengan penggunaan gerakan yang dipopularkan mendiang Raja Pop untuk menarik perhatian dan mengurus lalu lintas.

    Namun, mereka akhirnya menerima penggunaan taktik luar biasa itu dan Singh kini mengajar pergerakan itu kepada rakan setugasnya.

    "Ibu bapa saya amat bangga kerana saya melakukan kerja dengan semangat dengan invovasi yang membabitnak langkah Michael Jackson," katanya.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 'Moonwalk' Jaga Trafik "