• Mong Seru Semua Pihak Bantu Kerajaan Dalam Pendidikan

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+
    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang menyeru semua pihak supaya bekerjasama dengan warga pendidik khususnya di kawasan luar bandar dalam memastikan sekolah lebih maju serta berdaya saing sejajar dengan pembangunan negara.

    Menurutnya, kerajaan telah banyak membantu dengan menyediakan pelbagai peralatan serta kemudahan untuk kegunaan sekolah dan guru bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah.

    Oleh yang demikian, semua pihak diharap tidak hanya bersikap sambil lewa dan terlalu bergantung kepada subsidi serta bantuan kerajaan semata-mata.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Mong turut berkata para ibu bapa juga perlu mengambil berat mengenai pendidikan anak-anak dan jangan hanya menyerahkan tanggungjawab mereka kepada pihak guru semata-mata.

    “Para ibu bapa juga perlu mengambil berat pendidikan anak-anak dan jangan menyerahkan tanggungjawab mereka kepada pihak guru semata-mata.

    “Ini kerana anak-anak kita ini adalah peneraju utama negara suatu hari nanti,” katanya.

    Menjelas lanjut, Mong berharap agar setiap warga pendidik di sekolah luar bandar harus memahami sepenuhnya tranformasi pendidikan seiring dengan pembangunan Negara.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) Engkeranji di Sri Aman baru-baru ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Mong Seru Semua Pihak Bantu Kerajaan Dalam Pendidikan "