• Model Glamor Dipenjara, Gigit Telinga Wanita

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    SEORANG model glamor yang panas baran dan menjadi samseng jalanan akhirnya dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengigit telinga seorang wanita dalam satu pergaduhan.

    Dalam kejadian itu, model terbabit, Chloe Hammond, 27, telah ditegur oleh seorang wanita Julie Holloway, 56, kerana menggunakan telefon ketika sedang memandu.

    Kejadian di London itu berlaku selepas Julie mengetuk cermin pintu Chloe dan memintanya berhenti bercakap di telefon dan menghentikan kenderaan Audi TT yang dipandunya.

    Chloe yang tidak berpuas hati kemudiannya membunyikan hon kereta sebelum menghentikan kenderaan itu lalu keluar dari kenderaan mewah tersebut dan menendang perut Julie.

    Bukan itu sahaja, dia juga menarik rambut Julie dan menggigit telinga wanita itu.

    Julie bagaimanapun tidak menyedari bahawa sebahagian telinganya telah `hilang’ akibat digigit oleh Chlie sehinggalah seseorang mengutip cebisan telinganya di atas lantai.

    Ketika kes itu dibicarakan, Julie sambil menangis memberitahu kejadian itu telah memaksanya menjalani pembedahan membentuk semula telinganya. Sementara Chloe pula mendakwa dia melakukan serangan itu kerana mempertahankan diri selepas dimaki oleh Julie.

    “Dia memukul kereta saya dan memanggil saya jalang botox,’’ kata Chloe ketika mempertahankan diri di mahkamah.

    Chloe juga menawarkan diri untuk menjalani ujian pengesan pembohongan.

    Meskipun mahkamah dimaklumkan bahawa Chloe pernah mengalami kemurungan dan pernah terlibat dalam hubungan yang tidak bahagia namun mahkamah menolak keterangan berkenaan dan mendapati Chloe didapati sengaja menyebabkan kecederaan kepada Julie.

    Dia dihukum penjara lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Model Glamor Dipenjara, Gigit Telinga Wanita "