• Model Bakal Hilang Sebelah Lagi Kaki Akibat TSS

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    SADIS. Seorang model yang kehilangan sebelah kaki akibat sindrom kejutan toksik (TSS) selepas menggunakan tampon, kini berkemungkinan kehilangan sebelah lagi kaki.

    Lauren Wasser, 29, sebelum ini terpaksa menjalani pembedahan untuk memotong kakinya di bahagian lutut akibat TSS pada 2012.

    Ketika itu, model yang dilahirkan di California ini juga terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat selepas mengalami serangan jantung. Manakala kedua-dua kakinya mengalami gangren.

    Lauren juga ketika itu hampir maut ketika berada dalam apartmentnya, mujur ibu Lauren menghubungi polis selepas gagal mendengar sebarang berita mengenai anaknya.

    Selepas lima tahun, Lauren bagaimanapun tidak mengalah dan bangkit kembali untuk menjadi model.

    Namun baru-baru ini, Lauren dalam tulisannya di majalah In Style memberitahu, dia ditakdirkan akan kehilangan sebelah lagi kakinya.

    “Saya mengalami kesakitan yang amat sangat setiap hari. Saya mempunyai kaki `emas’ dan saya bangga dengannya namun kaki kiri saya ini mengalami ulser.

    “Dalam masa beberapa bulan, saya tidak dapat mengelak daripada kaki ini dipotong. Tiada apa yang boleh saya lakukan mengenainya tetap saya boleh membantu dengan memastikan keadaan ini tidak berlaku kepada orang lain,’’ demikian tulis Lauren.

    Disebabkan ulcer berkenaan, Lauren tidak boleh membiarkan kakinya basah.

    Untuk rekod, sindrom kejutan toksik adalah satu keadaan yang berpotensi membawa maut. Ia disebabkan oleh pembebasan bahan-bahan beracun daripada pembiakan bakteria yang dikenali sebagai Staphylococcus aures atau staph, yang terdapat dalam kebanyakan badan wanita. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Model Bakal Hilang Sebelah Lagi Kaki Akibat TSS "