• Minat Belian Terhadap Ringgit Terus Meningkat

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan arah aliran peningkatan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini.

    Peningkatan itu didorong minat belian yang berterusan terhadap unit tempatan ketika dolar AS mengukuh, kata peniaga.

    Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0740/0770 berbanding dolar AS daripada 4.0750/0780 pada Isnin.

    Peniaga berkata, sentimen terhadap ringgit terus positif disokong oleh jangkaan Bank Negara Malaysia akan menaikkan kadar faedah pada tahun depan.

    "Walaupun dolar AS meningkat, menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS pada minggu ini, sentimen tempatan terhadap ringgit akan terus dipengaruhi oleh faktor tempatan," katanya.

    Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi. Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0151/0178 daripada 3.0163/0192 pada Isnin dan naik berbanding yen kepada 3.5888/5918 daripada 3.5941/5974 semalam.

    Ringgit turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4368/4416 daripada 5.4487/4535 pada Isnin dan menokok berbanding euro kepada 4.7971/8019 daripada 4.8069/8116 semalam. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Minat Belian Terhadap Ringgit Terus Meningkat "