• Menara Tertinggi Di Malaysia Siap 2018

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR :  Menara baru setinggi 106 tingkat menewaskan mercu tanda negara Menara Berkembar Petronas dengan ketinggian 492.3 meter.

    Exchange 106, yang dibina anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, di Tun Razak Exchange bukan hanya tertinggi di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara.

    Bangunan pencakar langit itu setakat ini sudah mencapai ketinggian 450 meter dalam tempoh 19 bulan sejak ia mula dibina pada Mei tahun lalu.

    Dibangunkan Mulia Property Development Sdn Bhd, ia dijangka siap Jun tahun depan.

    “Exchange 106 menarik perhatian dalam tempoh 12 bulan lalu, menjadi penanda aras industri untuk kaedah kerja, kualiti bahan dan paling ketara kepantasan ia dibangunkan,” kata syarikat itu dalam kenyataannya.

    Menara Berkembar Petronas, atau KLCC, yang siap 1996 sebelum ini menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 452 meter.

    Ia pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia antara 1998 hingga 2004. Menara Taipei 101 di Taiwan kemudian menguasai rekod ini sehingga 2010.

    Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu kini bangunan paling tinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Menara Tertinggi Di Malaysia Siap 2018 "