• Melaka Dikhuatiri Lemas Ketika Menjala Ikan

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    BINTULU: Seorang warga emas lelaki, dikhuatiri lemas di Sungai Kelabat, Sebauh di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Melaka Anak Bakat,71, dipercayai hilang ketika beliau  menjala ikan di sungai tersebut.

    "Kawasan tersebut sukar dihubungi dan melalui jalan yang sempit dengan jarak perjalanan yang amat jauh.

    "BBP Bintulu telah menggerakkan aset dan keanggotaan bersama agensi lain dan penduduk kampung mencari mangsa menggunakan teknik surface searching," katanya

    Beliau berkata sehingga jam 4.30 petang operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gagal menemui sebarang petunjuk.
    "Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan," katanya. – Sarawakiana

  • No Comment to " Melaka Dikhuatiri Lemas Ketika Menjala Ikan "