• Maybank - Bank Paling Selamat Di Malaysia, Indonesia

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) dan anak syarikatnya di Indonesia, PT Bank Maybank Indonesia digelar sebagai bank yang paling selamat, masing-masing dalam negara yang mereka beroperasi, berdasarkan kepada satu senarai kedudukan antara negara yang diterbitkan oleh Global Finance Magazine.

    Global Finance dalam satu kenyataan, berkata bank-bank tersebut dipilih melalui satu penilaian mengikut penarafan jangka panjang mata wang asing daripada Moody's, Standard and Poor dan Fitch termasuk jumlah aset merangkumi 1,000 bank terbesar di seluruh dunia.

    Selain penamaan bank-bank yang paling selamat dalam 106 negara, laporan penuh itu memasukkan penyenaraian 50 bank yang paling selamat di dunia, 50 bank perdagangan yang paling selamat, 50 bank paling selamat dalam pasaran baru muncul, institusi kewangan Islam yang paling selamat dalam Majlis Kerjasama Teluk dan bank-bank yang paling selamat mengikut wilayah.

    Pengarah Editorial dan Penerbit Global Finance, Joseph D. Giarraputo, berkata walaupun wujud usaha-usaha bagi mengharmonikan peraturan kewangan merentas rantau dan di seluruh dunia, peraturan yang ada tetap kekal unik kepada setiap negara, disebabkan oleh risiko tertentu dan sumber.

    "Khususnya bagi bank-bank yang beroperasi merentasi sempadan, cabaran yang dihadapi ialah untuk bertindak balas kepada sesuatu situasi pada masa yang sama, perlu menawarkan pengalaman yang konsisten bagi pelanggan korporat yang juga beroperasi dalam beberapa bidang kuasa yang berbeza," katanya. -- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Maybank - Bank Paling Selamat Di Malaysia, Indonesia "