• Mayat Tanpa Identiti Ditemui Terapung Di Sungai Sarawak

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+
    KUCHING: Orang ramai di kawasan pusat industri di sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri yang terapung di sungai Sarawak pagi ini.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kira-kira jam 10.00 pagi pihaknya menerima panggilan meminta khidmat khas untuk mengambil seorang mayat lelaki terapung di sungai Sarawak.

    “Mayat lelaki tersebut tanpa sebarang pengenalan diri ditemui terapung di belakang sebuah kilang biskut di sini,” katanya

    Beliau berkata, pihak Bomba memberi bantuan mengangkat mayat dari sungai dan mayat tersebut diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. – Sarawakiana

  • No Comment to " Mayat Tanpa Identiti Ditemui Terapung Di Sungai Sarawak "