• Mayat Dalam Kontena

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui dalam kontena kosong di sebuah kilang di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dekat sini, 12.20 tengah hari semalam.

    Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui pekerja kilang berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, siasatan awal mendapati pengadu yang juga pemandu lori berusia 45 tahun diarah majikannya untuk mengambil dua kontena kosong di kilang berkenaan.

    “Sebaik tiba untuk pemeriksaan, dia dimaklumkan, seorang pekerja lain ternampak mayat lelaki itu berada di tepi dinding dalam kontena berkenaan.

    “Pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa,” katanya hari ini.

    Menurut beliau, kontena dari Begawan, Indonesia yang tiba sejak Isnin lalu itu diletak di lapisan ketiga susunan di premis berkenaan.

    “Kontena itu bagaimanapun hanya mahu diambil semalam. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan keadaan mayat tidak berbau.

    “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau ada maklumat mengenainya diminta tampil membantu siasatan,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Mayat Dalam Kontena "