• Maut Treler Rempuh Treler

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    Pemandu treler maut apabila treler dipandunya merempuh sebuah treler yang rosak di Kilometer 43.5, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), arah utara, berhampiran Nilai, awal pagi, hari ini.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, pada kejadian 7.15 pagi, mangsa, Muhammad Md Jidin, 27, dalam perjalanan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini.

    Katanya, mangsa tidak menyedari sebuah treler yang rosak berada di lorong kecemasan di hadapan, lalu merempuhnya.

    "Akibat kejadian, mangsa maut di lokasi berikutan parah di kepala. Seorang lagi pemandu treler, Zahari Mamat, 47 tidak cedera," katanya.

    Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai, Khairullizal Abu Kasim berkata, 10 anggota dikerahkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kejadian.

    Katanya, pihaknya memerlukan 27 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

    "Siasatan mendapati treler dipandu Muhammad membawa muatan plastik dikenali sebagai 'polyethylene' manakala sebuah lagi treler membawa tiang cerucuk konkrit," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Treler Rempuh Treler "