• Maut Terbakar Tak Sempat Lari

    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    Lelaki maut akibat terperangkap dalam kebakaran di Kampung Barayong Torodon Telupid, Beluran, malam tadi.

    Dalam kejadian 10.05 malam itu, mayat mangsa, Juny Ambilai, 44, ditemui di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

    Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa bersendirian di rumah dan dia dipercayai memasang lilin berikutan bekalan elektrik di kampung berkenaan terputus.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nur Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.10 malam sebelum menghantar lima anggota bergegas ke lokasi sejauh 133 kilometer dari BBP Kinabatangan dan sembilan anggota dari BBP Beluran.

    "Sebaik tiba, anggota bomba bergegas memadamkan bara api sebelum menemui seorang lelaki rentung di bahagian ruang tamu rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Nur Azlan berkata, mayat mangsa kemudian dikeluarkan dari lokasi kebakaran sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Terbakar Tak Sempat Lari "