• Matlamat BN adalah untuk menyatupadukan seluruh rakyat.. – Mejar Huan

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+


    Barisan Nasional (BN) tidak pernah memecah-belahkan masyarakat mahupun rakyat Malaysia, sebaliknya matlamat BN adalah terus berusaha menyatu-padukan seluruh rakyat, tegas Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Mejar Huan Cheng Guan.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang profesor sains politik di Universiti John Cabot di Rome, Bridget Welsh yang mendakwa Kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa ekploitasi terhadap perbezaan etnik ke tahap baru.

    Baru-baru ini, Bridget Welsh mendakwa wacana dan persepsi yang muncul dari mereka yang berkuasa ialah demokrasi adalah mengenai peralihan, dan membenarkan demokrasi adalah dengan memberikan kuasa kepada orang Cina.

    “Taktiknya ialah untuk mengeksploitasi perbezaan etnik, terutamanya untuk melagakan orang Cina dengan Melayu, menggunakan nasionalisme Melayu dalam cara yang tidak semestinya memanfaatkan masyarakat Melayu, tetapi sudah tentu ia digunakan sebagai sebahagian daripada trend untuk menggunakan identiti atau politik emosi,” kata Bridget Welsh dalam satu kenyataannya yang dipetik dari sebuah portal berita.

    Bridget Welsh juga mendakwa taktik itu digunakan kerajaan BN bagi memastikan mereka terus kekal berkuasa.

    Mengulas mengenai kenyataan Bridget Welsh yang mendakwa taktik tersebut sudah lama diguna pakai tetapi Najib mengekplotasinya ke peringkat yang lebih tinggi khasnya melaga-lagakan antara Melayu dan Cina, Huan menegaskan bahawa seperti yang umum sedia maklum, pihak baratlah yang sebenarnya memberi funding kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menganjurkan demo-demo di Malaysia.

    Katanya, ia dengan niat dan tujuan tertentu bagi menghuru-harakan keamanan negara yang dicapai selama ini.

    “Bagaimanapun, sebaliknya yang cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia ialah pihak-pihak dari barat sendiri,” kata Huan.

    Huan juga berkata, pihak barat telah menggunakan taktik seumpama itu dikebanyakkan negara yang mereka mempunyai kepentingan bagi menjatuhkan institusi sesebuah negara dan kemudian cuba mengambil alih. –Utaranews.com

    Subjects:

  • No Comment to " Matlamat BN adalah untuk menyatupadukan seluruh rakyat.. – Mejar Huan "