• Mati Tercekik Gigi Palsu

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    MUMBAI: Sebuah pesawat dari Mumbai terpaksa dilencongkan ke New Delhi selepas penumpang warga emas tercekik gigi palsunya sebelum disahkan meninggal dunia.

    Penumpang berusia 70 tahun itu dikejarkan ke klinik sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGIA), namun gagal diselamatkan berikutan keadaannya yang sudah bertukar kebiruan.

    “Disebabkan saluran udaranya terhalang, dia tidak dapat bernafas. Badannya bertukar kebiruan kerana kekurangan oksigen,” kata pegawai perubatan klinik lapangan terbang Medanta, Dr Prabhanjan Shakunt.

    Kejadian dilaporkan berlaku pada 30 November lalu di dalam pesawat SpiceJet yang dalam penerbangan dari Mumbai ke Amritsar dengan membawa 176 penumpang.

    Polis berkata, penumpang itu ditemani isteri dan anakya.

    “Pesawat itu mendarat di kawasan kecemasan. Pada mulanya, dia dibantu kakitangan Hospital Medanta tetapi gagal diselamatkan.

    “Kami sudah memulakan prosiding inkues,” kata DCP (lapangan terbang) Sanjay Bhatia.

    Menurut doktor, penumpang terbabit turut mengalami masalah lain seperti hipertensi, diabetes dan separuh badannya juga lumpuh sekali gus menyukarkan pihak berkenaan untuk mengendalikan kes itu.

    “Sebaik dia dibawa kepada kami, lidahnya sudah kebiruan manakala jantungnya terhenti.

    “Dua doktor di dalam pesawat sudah memberikan rawatan bantuan penafasan CPR tetap tidak berhasil.

    “Kami juga melakukan CPR sejam selepas dia mula sedar tetapi gagal menyelamatkannya,” kata Prabhanjan.

    Jurucakap SpiceJet berkata pesawat itu mengalami kecemasan dan pesakit diberi bantuan oleh kru dan doktor yang berada di dalam pesawat.

    “Mengambil kira keadaan pesakit selain dinasihati doktor terbabit, kru membuat lencongan ke New Delhi.

    “Selepas mendarat, pesakit dibantu doktor dan dibawa ke klinik Medanta bersama ahli keluarganya,” katanya.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Mati Tercekik Gigi Palsu "