• Mati Terbakar Depan Mata Isteri

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Seorang lelaki rentung sejurus Proton Persona dipandunya terbakar dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 41, Lebuh Raya PLUS arah selatan berhampiran Kulai, Johor kira-kira 6 pagi.

    Mangsa, Muhammad Rusdi Yakob, 29, ditemui anggota bomba dan penyelamat di tempat duduk pemandu sebaik api berjaya dipadamkan.

    Jurucakap Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.02 pagi daripada orang awam.

    Katanya, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bersama lima anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi.

    “Sebaik api berjaya dipadamkan, anggota menemui mayat seorang lelaki di tempat pemandu.

    "Kami dapati tidak ada kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu ketika tiba di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya," katanya.

    Menurutnya, kemalangan itu turut menyebabkan isteri Muhammad Rusdi, Salwa Atasha Muhammad, 30 dan anaknya, Nuraisha Sofiah berusia tiga tahun cedera dan dirawat di Hospital Kulai.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Mati Terbakar Depan Mata Isteri "