• Masyarakat Masih Kurang Peka Bahaya Denggi

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan Sarawak telah menjalankan pelbagai usaha bagi memerangi wabak denggi.

    Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, denggi bukan penyakit baharu.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, walaupun telah diketahui bahayanya penyakit berkenaan, namun tidak ramai yang melakukan langkah-langkah pencegahan bagi melindungi diri daripadanya.

    “Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi memerangi denggi antaranya, menjalankan operasi pemeriksaan tapak-tapak binaan, meningkatkan pelupusan sampah-sampah haram terutama di lokasi-lokasi kes dan wabak denggi serta banyak lagi usaha lain.

    “Bagaimanapun, usaha-usaha ini tidak akan dapat mencapai matlamat tanpa penglibatan daripada setiap lapisan masyarakat,” katanya.

    Dalam pada itu, laporan situasi semasa demam denggi bagi tempoh bermula dari 1 Januari hingga 10 Disember 2017 menunjukkan penurunan kepada 920 kes berbanding 2,639 kes bagi tempoh yang sama 2016.

    Terdapat 10 kes daerah dengan peningkatan kes melebihi lima kes berbanding tempoh yang sama tahun 2016 iaitu daerah Bau (24 kes), Betong (22 kes), Serian (21 kes), Saratok (14 kes), Lawas (11 kes), Lundu (9 kes), Pakan (7 kes) Selangau (6 kes) dan Tatau (5 kes). – Sarawakiana
  • No Comment to " Masyarakat Masih Kurang Peka Bahaya Denggi "