• Masyarakat Berperanan Pacu Pembangunan

    Published: Saturday, 2 December 2017
    A- A+

    SIMUNJAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Sri Nancy Shukri berharap setiap lapisan masyarakat di kawasan Parlimen Batang Sadong sentiasa peka dengan persekitaran termasuk melibatkan cabaran dan masalah yang dihadapi.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, ia penting untuk membolehkan wakil rakyat peringkat persekutuan dan negeri di kawasan tersebut dapat mencari jalan untuk mendapatkan peruntukan yang diperlukan.

    Malah menurutnya, generasi muda juga perlu mengambil inisiatif termasuk terlibat dalam projek bina baharu Masjid Darul Amiin, Kampung Tanjung Pisang terutama ketika musim cuti sekolah.

    "Ini kerana kerjasama sebegini memeri peluang kepada golongan belia untuk memainkan peranan mereka dalam masyarakat," katanya berucap pada Majlis Pecah Tanah Tapak Masjid Kampung Tanjung Pisang semalam.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris.

    Mengulas mengenai pembinaan baharu Masjid Darul Amiin Kampung Tanjung Pisang, Nancy menjelaskan, ia merupakan projek usahasama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri melalui peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR).

    "Pusat Khidmat Ahli Parlimen Batang Sadong telah memohon peruntukan untuk Projek Menembok dan Kerja Awalan Bina Baharu Masjid Darul Amiin Kampung Tanjung Pisang berjumlah RM100,000.

    "Peruntukan RM500,000 lagi daripada kerajaan negeri dimana kelulusan dibuat oleh bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Masyarakat Berperanan Pacu Pembangunan "