• Masjid Tertua Semakin Usang Akibat Kurang Penyelenggaraan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    NEW DELHI – Masjid Jama, masjid yang dibina pada abad ke-17 dan terkenal di New Delhi, yang sering dikunjungi ribuan jemaah serta pelancong setiap hari, kini semakin usang kerana dalam struktur utama bangunan mula retak dan perlu dibaiki segera.

    Sebahagian daripada struktur dalaman masjid ikonik itu mulai runtuh dan dinding diresapi air, lapor akhbar Hindustan Times pada Khamis.

    Imam masjid, Syed Ahmed Bukhari berkata, beliau telah menulis surat kepada Pejabat Perdana Menteri dan Kajian Arkeologi India (ASI), yang bertanggungjawab untuk mengekalkan monumen bersejarah itu.

    “Saya memaklumkan kepada pejabat Perdana Menteri dan ASI, kekurangan penyelenggaraan menyebabkan kerosakan kekal khususnya, ruang doa utama dan tiga kubah yang perlu dibaiki segera,” kata Bukhari kepada akhbar itu.

    Setiausaha Agung Majlis Penasihat Masjid Jama Delhi, memberitahu Bernama, ribuan kepingan batu dari struktur utama bangunan jatuh.

    “Sekiranya tidak dibaiki segera dalam masa terdekat, bangunan masjid mungkin tidak dapat bertahan,” katanya.
    Kerja-kerja membaikpulih utama kali terakhir dijalankan antara tahun 1955 dan 1965.

    “Disebabkan kerja-kerja baik pulih itu, masjid tersebut mampu bertahan lama, justeru kerja pemulihan sama diperlukan sekarang untuk membolehkan masjid bertahan 80 hingga 100 tahun lagi,” kata Syed Tariq.

    Masjid Jama adalah yang terbesar di India dan satu daripada monumen era Mughal era serta dibina semasa zaman pemerintahan Shah Jahan pada 1656. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Masjid Tertua Semakin Usang Akibat Kurang Penyelenggaraan "