• Masa depan politik Mukhriz semakin malap

    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 28 Disember 2017

    29hb Februari 2016. Hari di mana Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan daripada Umno disebabkan protes mengenai pemecatan anaknya Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah pada 3 Februari 2016. 29 Februari 2016 adalah permulaan kepada pengakhiran untuk dinasti politik Mahathir, dan Mukhriz tidak lagi mempunyai peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

    Semasa Mahathir meletakkan jawatan dari Umno pada 29 Februari 2016, ia sepatutnya menjadi sesuatu yang sementara sama seperti pada 2008, kali terakhir beliau meletakkan jawatan dari Umno. Mahathir berpendapat, sama seperti ketika beliau meletakkan jawatan pada 2008, mereka akan memujuknya untuk kembali ke Umno. Apabila itu tidak berlaku seperti yang diharapkan oleh Mahathir, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain untuk menubuhkan partinya sendiri dan mengambil alih sebagai 'Top Dog' Pakatan Harapan.

    Mahathir ingat beliau dan Mukhriz akan dianggap sebagai tuhan yang dihantar kepada pembangkang. Mereka akan berasa sangat gembira bahawa beliau dan Mukhriz menyertai mereka sehinggakan mereka akan dengan segera mengakui Mukhriz sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Apa yang tidak dijangkakan oleh Mahathir ialah Pakatan Harapan hanya mahu menggunakannya untuk menentang Najib, seperti mana yang didedahkan DAP Superman Hew.

    Pakatan Harapan tidak memandang tinggi Mukhriz. Malah, mereka tidak rasa yang mereka boleh menggunakannya untuk menentang Najib seperti apa yang mereka lakukan dengan Mahathir. Berbanding dengan Nurul Izzah Anwar, tahap Mukhriz lebih rendah dan bahkan tahap Nurul pun bukanlah tinggi. Dalam senarai sepuluh teratas yang paling mungkin menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan, Mukhriz tidak langsung tersenarai.

    Kemudian ada masalah sama ada Mukhriz boleh memenangi kerusinya atau sama ada beliau perlu berpindah dan bertanding di kerusi majoriti Cina. DAP perlu menghadiahkan Mukrhiz salah satu kerusi mereka dan memberitahu pengundi Cina untuk mengundinya jika beliau mahu menang. Perdana Menteri apakah yang akan beliau jadi jika beliau tidak dapat memenangi pilihan raya umum?

    Mahathir tahu Pakatan Harapan tidak mempunyai rancangan untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Dan pastinya mereka tidak merancang untuk menjadikan Mahathir Perdana Menteri juga. Pada usianya, jika Pakatan Harapan menjadikannya sebagai Perdana Menteri, Malaysia akan menjadi bahan ketawa seluruh dunia. Malah, parti Mahathir sendiri, PPBM, akan ketawa.

    Jadi, suka atau tidak, jika Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri, ia mestilah melalui Umno dan bukan melalui Pakatan Harapan. PPBM tidak akan dapat menang walaupun 10% daripada kerusi yang Pakatan Harapan dijangkakan akan menang jadi bagaimana Mahathir boleh memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri? Jika anda ingin menjadi Perdana Menteri, parti anda mesti menang tidak kurang daripada 80 kerusi parlimen seperti Umno dan tidak kurang daripada 10% daripada 80 kerusi seperti PPBM.

    Rancangan keseluruhan Mahathir sejak 2009 adalah untuk Muhkriz menjadi Perdana Menteri. Itulah sebabnya Mukhriz bertanding untuk ketua Pemuda Umno pada tahun 2009 dan kerusi Naib Presiden Umno pada tahun 2013. Segala-galanya adalah mengenai Mukhriz menjadi Perdana Menteri dan sejak tahun 2009 hingga kini itu tidak pernah berubah. Dan Mahathir tahu hanya ada satu cara ini akan berlaku, iaitu melalui Umno. Melalui Pakatan Harapan adalah mustahil.

    Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya menyedari, sesuatu yang telah disedari Anwar Ibrahim sejak 20 tahun yang lalu, iaitu jalan ke Putrajaya adalah melalui Barisan Nasional. Dan inilah sebabnya apabila Anwar dipecat daripada Umno pada 1998, beliau enggan menyertai mana-mana parti pembangkang atau menjadi ahli partinya sendiri, yang ketika itu dipanggil Parti Keadilan Nasional, apabila ia dilancarkan pada 4 April 1999.

    Sehinggalah hari Anwar dibebaskan dari penjara pada bulan September 2004, beliau masih enggan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan bertemu Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk cuba masuk semula ke dalam Umno. Anwar tahu jika beliau mahu menjadi Perdana Menteri, ia mestilah melalui Umno dan bukannya melalui pembangkang. Dan Anwar masih mempercayai itu.

    Jadi apakah yang akan dilakukan oleh Mahathir? Beliau mahu Mukhriz menjadi Perdana Menteri tetapi itu hampir mustahil untuk berlaku. Bolehkah PPBM memenangi kerusi yang paling banyak apabila pada masa ini ia tidak dapat memastikan akan memenangi lebih banyak kerusi daripada parti Mat Sabu? Bolehkah Mukhriz memenangi kerusi tanpa bertanding kerusi Cina dan tanpa DAP mengarahkan pengundi untuk mengundinya? Lebih penting lagi, adakah dalam rancangan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri?

    Ya, Mahathir perlu mencari cara baru jika beliau ingin melindungi dinasti politiknya dan melihat Mukhriz menjadi Perdana Menteri. Dan apakah cara baru itu? Kita tunggu sahaja dan mungkin kita boleh membincangkannya dalam artikel seterusnya.

    Link asal artikel:
    http://www.malaysia-today.net/mukhrizs-political-future-getting-bleaker-by-the-day/

    Subjects:

  • No Comment to " Masa depan politik Mukhriz semakin malap "