• Maritim Malaysia Lumut tahan bot beroperasi tanpa lesen

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+


    LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot yang dipercayai beroperasi tanpa lesen sah serta tiada perlindungan insuran di perairan Selat Dinding di Pulau Pangkor, semalam.

    Dalam kejadian jam 11.05 pagi itu, bot berkenaan didapati membawa dua penumpang lelaki warga tempatan bagi melakukan kajian hidrografi di pulau berkenaan.

    Maritim Malaysia Daerah Lumut dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya menahan bot dikemudi seorang lelaki tempatan itu ketika rondaan dan penguatkuasaan di kawasan itu.

    Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot itu melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu beroperasi tanpa lesen sah dari Jabatan Laut Malaysia dan beroperasi tanpa perlindungan insurans.

    "Ketik ditahan, bot itu membawa dua penumpang yang menggunakan perkhidmatan bot untuk melakukan kajian hidrografi di kawasan sekitar.

    "Bot bersama tekong kemudiannya dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis," katanya.

    Katanya, pihaknya akan terus meningkatkan penguatkuasaan di perairan negara dan akan bertindak tegas kepada mana-mana bot yang melanggar peraturan yang ditetapkan.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Maritim Malaysia Lumut tahan bot beroperasi tanpa lesen "