• Mangsa Dibunuh Sebelum Rumah Dibakar

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    Empat mangsa yang maut dalam kebakaran di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, pagi ini, dipercayai dibunuh sebelum rumah mereka dibakar.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan polis mendapati ada kesan tetakan pada tubuh semua mangsa.

    Beliau berkata, semua mayat sudah dibawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

    "Siasatan lanjut sedang dijalankan kerana bedah siasat masih belum dijalankan oleh pihak forensik.

    "Sehingga kini, polis sedang mengambil maklumat daripada ibu bapa kanak-kanak yang maut itu untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Dalam kejadian 6 pagi ini, dua warga emas dan dua kanak-kanak maut dalam kebakaran berkenaan.

    Mereka adalah Lim Mai Shak, 68, Chia Tee Nang, 73, dan Chia Yuan Bin, 3, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun belum dikenal pasti.

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian itu pada 6.08 pagi dan 15 anggota serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Mangsa Dibunuh Sebelum Rumah Dibakar "