• Malaysia Sasar 93 Emas Sukan SEA 2019

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Walaupun senarai rasmi sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2019 masih belum dikeluarkan, namun Majlis Sukan Negara (MSN) sudah mempunyai sasaran awal pada temasya dwitahunan itu apabila mensasarkan sebanyak 93 emas untuk dimenangi.

    Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan senarai andaian sukan yang akan dipertandingkan.

    “Sebenarnya untuk sasaran Sukan SEA 2019 adalah kita tahu apabila kita bertanding di luar negara susah untuk kita ulangi kejayaan yang sama (Sukan SEA 2017) kerana setiap tuan rumah akan memperkenalkan sukan-sukan baharu mengikut kepentingan dan kekuatan sukan mereka.

    Advertisement

    “Kita menetapkan sasaran 93 hingga 96 emas boleh dimenangi berdasarkan andaian awal sukan-sukan yang dipertandingkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pelaksanaan program penyediaan atlet ke arah Sukan SEA 2019 di MSN, Bukit Jalil sebentar tadi.

    Sebagai rekod Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2017 pada Ogos lalu selepas mengumpul 144 emas manakala Thailand di tempat kedua (71 emas) dan Vietnam ketiga (59 emas). - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Sasar 93 Emas Sukan SEA 2019 "