• Malaysia Dalam Landasan Tepat Cecah 60% EEV 2018

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+



    CYBERJAYA - Kerajaan yakin negara berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 60 peratus kadar penembusan kenderaan cekap tenaga (EEV) pada tahun 2018 berdasarkan kepada reaksi positif segmen berkenaan tahun ini.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, prestasi kadar penembusan EEV negara tahun ini adalah sangat baik apabila berjaya mencapai 45 peratus daripada jumlah jualan kenderaan (TIV) sehingga Oktober 2017.

    “Kerajaan sentiasa memberi galakan kepada pengeluar kenderaan di Malaysia tidak kira pengeluar kereta nasional seperti Proton dan Perodua mahu pun pengeluar luar yang mempunyai kilang di sini untuk sentiasa mengeluarkan kenderaan EEV.

    “Kabinet juga telah bersetuju untuk menganugerahkan pelekat EEV kepada pengeluar kenderaan yang menghasilkan EEV dalam usaha meningkatkan pengeluaran EEV bagi memelihara alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan; Timbalan Ketua Setiausaha (Stategi dan Pemantauan) MITI, Wan Suraya Wan Mohd. Radzi; Pengerusi Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Phang Ah Tong dan Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Dalam Landasan Tepat Cecah 60% EEV 2018 "