• Malaysia Airlines Terima Pesawat A350 XWB Kedua

    Published: Saturday, 23 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines hari ini menerima pesawat A350-900 keduanya yang lengkap dengan paparan imej khas ‘Negaraku’.

    Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata pesawat dengan kod MH5025 berlepas dari Toulouse, Perancis jam 2.02 petang pada 22 Disember dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 9.45 pagi ini.

    Ketibaan pesawat itu turut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail.

    “Pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-MAC itu dihiasi imej Jalur Gemilang yang mewakili semua rakyat Malaysia dengan bendera ini dibawa syarikat penerbangan ini ke serata dunia.

    “A350 XWB ini dilengkapi 286 kerusi dengan tiga kelas penerbangan – empat tempat duduk Kelas Pertama, 35 tempat duduk Kelas Perniagaan dan 247 tempat duduk Kelas Ekonomi,” kata syarikat itu. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Airlines Terima Pesawat A350 XWB Kedua "