• Malam Perpaduan Sempena Ulang Tahun Ke-2 Daerah Pusa Meriah

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    PUSA: Majlis Malam Perpaduan sempena ulang tahun ke-2 Daerah Pusa disambut dengan meriah di Dataran Tandang Sari, di sini malam tadi.

    Menurut Timbalan Pengerusi Penganjur Ramzi Rasit, objektif utama penganjuran ialah untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Hj Gapor, selain mengekalkan Dato' Sri Rohani Haji Abdul Karim sebagai Ahli Parlimen Batang Lupar pada pilihan raya umum akan datang.

    Ramzi berkata, setelah Pekan Pusa di angkat menjadi satu daerah penuh dua tahun lalu, penduduk bertambah yakin Pusa akan membangun pesat seperti daerah lain di Sarawak.

    "Penganjuran acara seperti ini amat besar maknanya bagi penduduk di Daerah Pusa.

    "Pembinaan Jambatan Tandang Sari yang baru dirasmikan minggu lepas, menjadikan hubungan penduduk sekitar menjadi lebih mudah bagi kampung Pusa, Tuie, Supa, Medang, Mangut hingga ke Betong" ujarnya. 

    Beliau berkata meskipun majlis tersebut berlangsung dalam keadaan hujan lebat namun sekitar seribu pengunjung menghadiri majlis sebagai bukti sokongan kepada pemimpin termpatan.

    Majlis tersebut dianjurkan oleh Ranting Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Pusa dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bersama Ahli Jawatankuasa Up Town Pusa. - Sarawakiana
  • No Comment to " Malam Perpaduan Sempena Ulang Tahun Ke-2 Daerah Pusa Meriah "