• Majlis Tindakan Ekonomi Digital Samariang Diwujudkan

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+


    KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyeru supaya masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang menyokong polisi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke arah pelaksanaan ekonomi digital.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menyatakan sokongan penuhnya terhadap polisi Ketua Menteri  tdalam usaha mentransformasikan negeri ini ke arah ekonomi digital.

    Sehubungan itu, Hasidah yang juga Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek berkata, bagi menyahut seruan tersebut, pihaknya merancang untuk menubuhkan satu majlis yang dikenali Majlis Tindakan Ekonomi Digital Samariang bagi merancakkan pembangunan kawasan itu.

    “Saya menyeru kepada semua kita di Samariang untuk bersama menyahut seruan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bersama-sama dalam ekonomi digital dan kita amat menyokong usaha ini.

    “Saya telah merancang di kawasan Samariang untuk menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Digital Samariang sebagai menyahut seruan Ketua Menteri kita,” katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Majlis Tindakan Ekonomi Digital Samariang Diwujudkan "