• Majlis Perbandaran Kota Samarahan Larang Guna Polistirena Mulai Januari

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) akan mengharamkan penggunaan bekas makanan polistirena dan beg plastik mulai bulan depan.

    Pengerusinya Datuk Peter Minos berkata langkah itu sebagai sokongan terhadap usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak yang mengharamkan penggunaan bahan tersebut.

    Pengharaman beg plastik pula akan dilaksanakan pada setiap Ahad, katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Menteri Muda Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil dilaporkan menyeru pihak berkuasa tempatan menyusuli inisiatif yang diambil oleh Majlis Bandaraya Miri dan Majlis Perbandaran Sibu yang mengharamkan penggunaan beg plastik untuk kegiatan membeli-belah. - Bernama
  • No Comment to " Majlis Perbandaran Kota Samarahan Larang Guna Polistirena Mulai Januari "