• Majlis Penutup Program MYTV Di SMK Kapit

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+
    Kapit, 14 dis 17 - Majlis Penutup Program Mobile Youth Transformation Vocational (MYTV) telah dilaksanakan di Dewan Kejora SMK Kapit 2, kapit. Majlis ini dilaksanakan bersama-sama Program Mobile Outreach Program (MOP). Majlis penutupan MYTV telah disempurnakan secara bersama oleh yang berhormat encik Wilson Nyabong anak Ijang, Adun N61 Pelagus dan Leftenan Jeneral Dato’ Wira Mohd Zaki bin hj Mokhtar, Panglima Medan Timur Tentera Darat.

    Program transformasi vokasional belia atau MYTV ini telah dilaksanakan sejak tahun 2015. Program ini merupakan salah satu inisiatif strategi lautan biru kebangsaan (National Blue Ocean Strategy - NBOS) yang dilaksanakan bersama oleh kerajaan Negeri Sarawak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, sebanyak 20 agensi yang lain meliputi jabatan kerajaan, swasta, korporat dan ngo turut terlibat dalam program ini.

    Tujuannya program MYTV adalah untuk memberi peluang kepada belia – belia masyarakat sekitar Kapit untuk bersaing dalam pasaran industri dan membuka peluang pekerjaan di sektor-sektor ekonomi yang memerlukan skil dan kemahiran tertentu. Program di Kapit ini telah berjaya melatih 190 orang peserta dalam bidang latihan pertukangan kayu, pertukangan penerap bata, pendawaian elektrik, pertukangan sistem perpaipan, masakan, kecantikan, gunting rambut dan teknologi pertanian.

    Melalui program ini, belia-belia di sini diharapkan dapat meningkatkan tahap ekonomi mereka pada masa hadapan dan semenjak program ini diperkenalkan, seramai 1181 belia di negeri sarawak telah dilatih dalam pelbagai kemahiran.

    Hasil daripada pendedahan yang diberikan kepada mereka, program ini mampu membawa mereka untuk meneruskan latihan yang lebih tinggi ke akademi dan kolej teknikal di Sarawak.

    Sebagai rekod, seramai 20 orang daripada suku kaum penan telah berpeluang untuk mengikuti latihan teknikal di Kolej Centex, Santubong dan 23 peserta dari Dalat dan Baram meneruskan latihan di Akademi Binaan Malaysia manakala 22 orang belia dari Murum dan Nyalau turut menyambung latihan di Kolej Centex dan Jabatan Wanita Sarawak.

    Program ini juga turut memberi peluang peserta terlibat sama dalam projek membaik pulih prasarana masyarakat setempat. Sehingga kini sebanyak sembilan projek baik pulih dan menaik taraf prasarana iaitu, projek membaik pulih tadika di Murum, projek membaik pulih Balai Raya di Kg Kuala Nyalau, bintulu, projek membaik pulih Balai Raya di Kg Tanam, Dalat, projek membaik pulih Pasar Tamu di Baram, projek membaik pulih Bangunan Serbaguna Belia di Belawai, projek membaik pulih Balai Raya Anjung Bestari di Kg Luagan, Sundar, projek membaikpulih Balai Raya di Kg Stoh, Sempadi. projek membaikpulih Bilik Gerakan Desa Wawasan, Kg Spaoh, Betong dan Projek membina dapur di Dewan Makan SMK Kapit 2.

    Agensi-agensi yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini adalah dari ATM, Pejabat Daerah Bukit Mabong, Petronas, Akedemi Binaan Malaysia, CIDB Malaysia, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, Kolej Komuniti Sarikei, National Strategy Unit (NSU) dan Majlis Pembangunan Sosial, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak.

    Petronas telah memberikan sumbangan bahan-bahan binaan untuk membaik pulih dapur dewan makan SMK Kapit 2 tersebut. Manakala pembinaan dilaksanakan oleh peserta kursus pembinaan. Sekretariat bersama adalah Daripada Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat.

    Turut hadir sepanjjang majlis YB Jefferson Jamit anak Unyat, Adun N.63 Bukit Goram; Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima 1 Divisyen; En. Douglas Pungga anak Lawang, Pegawai Daerah Bukit Mabong; En Robin Anak Sabai, Pengetua SMK Kapit No.2: Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-Pewai Kanan Tentera Darat dan Ketua-Ketua Kaum di Kapit.
  • No Comment to " Majlis Penutup Program MYTV Di SMK Kapit "