• Main Bola Tak Pakai Tudung: Wanita Iran Mohon Suaka

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+


    SEORANG pemain bola sepak wanita dari Iran telah mengemukakan permohonan suaka politik di Switzerland kerana bimbang dipenjarakan selepas bermain bola bersama lelaki tanpa memakai tudung dan berseluar pendek.

    Shiva Amini, 28, ketika itu sedang bercuti di Switzerland pada bulan Mac lalu apabila Persatuan Sukan Iran melihat gambar dia bermain bola itu.

    Susulan itu dia telah digugurkan daripada pasukan kebangsaan san diharamkan daripada bermain atau menjadi jurulatih di Iran.

    Pemakaian tudung adalah mandatori di Iran sejak 1979.

    Amini yang kini tinggal di Switzerland, bimbang akan ditangkap jika balik ke Iran dan dia juga merasakan hidupnya tidak selamat di sana.

    “Saya tak boleh balik ke Iran. Saya akan ditangkap di lapangan terbang dan akan dipenjarakan,” katanya yang kini menetap di sebuah pusat suaka di Switzerland.

    Dia memberitahu pihak berkuasa juga cuba mengesan kedudukannya dengan menyoal keluarganya di Iran.

    Jelasnya, masalah itu bermula apabila dia memuatnaik gambar perlawanan bola itu di media sosial.

    Amini kini bimbang menjadi sasaran dan enggan merisikokan dirinya.- Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Main Bola Tak Pakai Tudung: Wanita Iran Mohon Suaka "