• Mahu Kutip Pahala, Gunting Rambut ‘Bayar Dengan Doa’

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+


    KOTA BARU : Warga emas dan orang kurang upaya (OKU) hanya perlu “bayar dengan doa” selepas menggunting rambut di The Jangot’s Barbershop.

    Pemiliknya Mohd Rosli Awang Noh, 36, yang menawarkan perkhidmatan itu sejak dua tahun lalu, hanya mahu “mengutip pahala”, lapor Harian Metro.

    "[...] warga emas yang datang tetap menghulurkan wang kerana segan jika tidak bayar sedangkan saya ikhlas memotong rambut mereka bukan sebab bayaran.

    “Saya anggap ini sedekah saya untuk mereka yang memerlukannya,” katanya, yang menerima sambutan baik daripada golongan itu.

    Bagi pelanggan lain, beliau mengenakan bayaran antara RM15 hingga RM90 untuk pakej keseluruhan.

    Kedainya di Kubang Kerian juga menerima pelajar yang mahu mempelajari teknik menggunting rambut. Seramai 10 pelajar pernah menimba pengalaman di situ. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Mahu Kutip Pahala, Gunting Rambut ‘Bayar Dengan Doa’ "