• Mahu bergembira? Di Nigeria Ada 'Menteri Kegembiraan'

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Rakyat di Imo, Nigeria kini boleh tersenyum, selepas kerajaan negerinya memperkenalkan satu jawatan khas iaitu 'Pesuruhjaya Kegembiraan' untuk menjamin kebahagian rakyatnya.

    Perkara itu diumumkan governornya, Rochas Okorocha, ketika upacara angkat sumpah 26 pesuruhjaya lain.

    Jawatan itu disandang adik Okorocha sendiri, Ogechi Ololo.

    Namun, tidak dijelaskan bidang kuasa sebenar jawatan berkenaan.

    Portfolio Ololo itu dikatakan turut melibatkan 'kesejahteraan pasangan'.

    Apa yang pasti, pelantikannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial, termasuk rakyat Imo sendiri.

    Ada yang mencadangkan supaya Pesuruhjaya Kegembiraan juga memberi tumpuan kepada kebahagiaan orang bujang.

    Ololo dalam reaksinya di Twitter, bagaimanapun menyelar netizen khususnya golongan muda yang mengkritik pelantikannya.

    "Kalau tidak tahu apa-apa, tolong diam," katanya. - Awani


    Subjects:

  • No Comment to " Mahu bergembira? Di Nigeria Ada 'Menteri Kegembiraan' "