• Mahkamah tolak petisyen larang zina

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan Indonesia, hari ini menolak petisyen untuk melarang hubungan seks suka sama suka di luar nikah.

    Hakim berkata, undang-undang sedia ada tidak bertentangan dengan Perlembagaan dan Mahkamah Perlembagaan tidak mempunyai kuasa mewujudkan dasar baru.

    Petisyen dikemukakan Pakatan Cinta Keluarga, kumpulan pakar akademik dan aktivis, yang menggesa definisi zina bukan sahaja meliputi pasangan suami isteri tetapi sesiapa sahaja yang berkahwin atau tidak. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah tolak petisyen larang zina "