• Mahkamah Pakistan ketepikan kes rasuah terhadap Imran Khan

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+
    Foto Al Jazeera
    ISLAMABAD 15 Dis. - Mahkamah Agung Pakistan mengetepikan pertuduhan rasuah ke atas pemimpin parti pembangkang, Imran Khan hari ini sekali gus memastikan bekas pemain kriket itu bakal bertanding dalam pilihan raya umum negara ini, tahun depan.

    Imran berdepan kemungkinan hilang kelayakan memegang sebarang jawatan politik selepas berdepan pendakwaan tidak melaporkan aset yang dibelinya di Gala Hills dekat sini, pertuduhan yang dinafikan keras oleh beliau.

    “Tiada kecuaian atau penipuan yang boleh dikaitkan dengan beliau. Justeru petisyen mengaitkan beliau dengan pertuduhan ini tidak mempunyai merit dan ditolak,” kata ketua hakim, Mian Saqib Nisar dalam keputusannya. - AFP/Utusan

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah Pakistan ketepikan kes rasuah terhadap Imran Khan "