• Mahathir, Pemimpin Yang Melampaui Batas

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir yang terkenal dengan slogan Melayu Mudah Lupa merupakan seorang pemimpin yang melampaui batas.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, melampaunya Tun Mahathir sehingga sanggup bersubahat dan bersekongkol dengan musuh politik dan musuh prinsipnya demi kepentingan peribadi dan keluarga.

    Memetik laporan Berita Harian, ungkapan Melayu Mudah Lupa yang pernah diucapkan Dr Mahathir dahulu kini merujuk kepada dirinya sendiri.

    "Di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa Melayu mudah lupa, namun pada kita 'this man has crossed the line' apabila tergamak bersubahat dan bersekutu dengan musuh politik dan musuh prinsip beliau selama puluhan tahun," kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 2017).

    Kata Perdana Menteri, tindakan Dr Mahathir hanyalah untuk memenuhi agenda peribadi dan keluarga semata-mata.

    "Jelasnya Melayu mudah lupa itu merujuk kepada dirinya sendiri kerana orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti seperti kita semua, insya-Allah tidak sesekali menjadi Melayu Mudah Lupa seperti mereka," tegasnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Mahathir, Pemimpin Yang Melampaui Batas "